Heyhow readers,Me Thata Amiruddin.Thank You love for visiting my blog.Follow up my blog and dont forget to leave your comments in Chat Box.I will follow you soon.With love, Thata :)

Thanks Malaysian

Monday, March 28, 2016

Ekspedisi Gunung Stong (1433M), Gunung Baha (1450M) , Gunung Ayam (1500M)

Hi, ini post semasa 27 Mei 2015 ekspedisi ke Gunung Stong, Ayam dan Baha adalah moment paling manis kerana pertama kali aku lalui di mana dalam masa 3 hari kami menghabiskan 3 gunung di Kelantan. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong , Kelantanyang menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan dengan khazanah alam yang masih dijaga dan hidupan liar yang tidak terancam seperti gajah. Semasa pendakian ke Gunung Stong anda akan melalui susur air terjun paling tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang di Kem Baha. Semasa pendakian kami di guide oleh Abang Odie iaitu anak kepada Pak Cik Baha yang membuka Kem Baha. I/C dia tempat lahir dekat Kem Baha bhai hahahaha. 

Kami bertolak selepas di starting point Hutan Lipur Air Terjun Jelawang semasa  maghrib dengan hujan lebat bercampur kesejukan yang amat sangat. Setibanya di Kem Baha selama 1 jam setengah, kami mula memacak open tent dan hammock untuk tidur. Mula memasak dan hidupkan api sebab semua kesejukan. Sebelum nak tidor moment paling tak boloeh lupa, hammock aku putus dan tidur lah aku ber-alaskan tanah sob sobsssss. Keesokan pagi, tepat jam 7 pagi kami menikmati sunrise di Kem Baha sambil pekena teh secawan. 



Pada jam 9 pagi kami bersiap mengemas dan tinggalkan barang barang yang tidak diperlukan untuk ringankan beg masing masing seterusnya berjalan menuju ke Gunung Ayam. Semasa perjalanan ke Gunung Ayam, 2 jam berjalan rakan kami injured kepala lutut lari masa tu so terpaksa papah pulang ke Kem Baha oleh rakan rakan yang lain, dari 12 orang mendaki hanya tinggal 9 orang sahaja yang meneruskan perjalanan. Semasa di berjalan di Gunung Ayam juga hujan lebat , bekalan air tipis kami terpaksa turun ke bawah untuk mencari mata air, berjalan di denai denai kecil, melalui anak anak sungai. semasa perjalanan, kami melalui kawasan tanah runtuh akibat banjir teruk yang melanda Kelantan terutama Kuala Krai yang terletak tidak jauh dari kawasan Dabong. 8 Jam berjalan akhirnya tiba di Gunug Baha dgn hujan yang masih lebat, kami berhenti berehat sekejap sambil makan coklat, isi air letak extra joss skit baru kami terukan perjalan dalam hujan lebat.

  
Bersiap sedia untuk ke Gunung Ayam


Menunggu rakan yang injured



Kawasan tanah runtuh semasa perjalan ke Gunung Baha

Kawasan Bonzai sebelum sampai Gunung Baha



Selepas hujan berhenti kami mula untuk memasak malam tu, makan tomyam siot memang licin sebab semua sejuk dan kelaparan. Masa nak tidur, hujan lebat semula, sleeping bag semua basah, hammock aku masuk air memang sejuk gila dgn hujan, angin kuat rasa macam akan habis nyawa masa tu Hahahaha. Aku dah memang tak tahan, berlari masuk ke open tent lelaki yang masa tu hanya ada 3 lelaki dan 3 perempuan dalam open tent tu. Semua kesejukan dan tak boleh tidur, paling best kami tidur dalam keadaan duduk sampai 3 pagi baru masing masing boleh tidur baring hahahahahah.

Esok pagi aku bangun paling awal dan hidupkan stove sebab sejuk sangat pagi tu, nak keringkan tudung, tapi tudung pulak terbakar kena jilat api stove, aduiii memacam aih.

Pagi di Gunung Ayam





Bergambar dulu, sebab tak sempat. Sampai malam.


Selepas siap mengemas kami meneruskan perjalan ke Gunung Stong, perjalanan Gunung Stong mengambil masa selama 3 jam dari Gunug Ayam, semasa tibanya di Gunug Stong anda dinasihati untuk menjaga adab dan kata kata anda semasa berada di sana, mungkin kerana tempat untuk 'dijaga' oleh itu, bila masuk tempat orang bawak akal, bukan pisau.

 
 semasa sampai di Gunug Stong, lepas bergambar dan makan, kami meneruskan perjalanan lagi ke Kem Baha, selama 4 jam perjalanan turun, masa tu la nak berak, kentut, kaki injured masing masing sebab rehat tak cukup. Kami tidur di Kem Baha sehari,dan keesokan pagi, menikmati air terjun Jelawang sambil Abg Odie tunjuk skill terjunan dia dari tingkat atas hahaha.
 

  

  Selepas selesai mandi, dari Kem untuk turun ke bawah mengambil masa 1 jam setengah, kami ikut jalan dari mula kami mendaki, so dapatlah menikmati keindahan air terjun jelawang sebab kami menyusuri air terjun. Semasa di bawah kami dibekalkan dengan sijil kerana berjaya harungi ketiga tiga gunung tersebut.



No comments:

Post a Comment